Thursday, 18 February 2016

Student Dan Bisnes

Assalamualaikum.

Bulan 3 ini bermula perjuangan sebagai student UiTM Dihatiku untuk menempuh hari-hari kritikal. i as student bisnes memang bercita-cita nak open up my own bisnes. I swear dah berapa kali try to build it but i failed failed failed and keep failed! Apa bisnes yang i buat?
Okey as a student 

1) firstly i pernah jadi dropship produk kecantikan, to me tak berapa nak hot in market sebab entahlah. hahaa. Start from that macam tak ada orang pandang but i kept promoting it, lama-lama i give up sebab takada yang support this produk dengan. reason nya maybe diorang dah ada thier own trusted produk and taknak pakai brand lain.

2) Second, i pernah try jual 'mi siput' dekat membe-membe (orang Johor comfirm tahu tu!) but the problem is when tak ada dapur nak goreng mi siput and sambal tumis yang mudah expired. So i stop. I suggest student yang sewa rumah and ada dapur tu boleh generate income dari mi siput and sambal tumis tu. Pehh sebab student suka benda yang makan kudap-kudapan ni.

3) Pernah nak ceburi bidang material start dari buat maxi dress and ada promote. Alhamdulillah ada customer but nak up to next step sangat sukar. i failed again! Hahahahaha

4) My next projek is this sem i nak try ceburi bidang craft pula. I more kepada bracelet and ini baru permulaan. i don't know whether i did it or i gonna fail. 

Bak kata pepatah. 'succes is falling 7 times, stand up 8'. Kalau rasa nak usha instagram shop i boleh disini > https://www.instagram.com/thebeadx_/ . I perlukan masa sikit untuk process permulaan ini to prepare everything.

Thankyou for the support and love.

Monday, 15 February 2016

Hai Fellas (2016)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

kepada blogger yang sedang membaca site saya. Wow! its have been long time i tak update blog since paling last 2014 and no newsfeed from me untuk 2015 sebab buzy dengan banyak application media social sampai 'blogspot' ni diabaikan. kahkahkahh. Untuk tahun ni maybe aktif untuk update any progress dalam life i. And hopefully blogger yang lain can add comment here as i like to talk with  everyone. :)

Sunday, 24 August 2014

Ramadhan berakhir, Syawal menjelang

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya 2014 to all musleems in the world :)  Ramadhan kali ni memang bermakna untuk i, kerana for the first time i berniaga kat bazaar, pengalaman di bazaar memang takkan i lupekan, segala kenangan pahit dan manis akan tersemat dalam ingatan ni.. macam-macam ragam yang boleh i nampak dari peniaga hingga la pelanggan itu sendiri. si peniaganya,bertungkus lumus untuk persiapan buka bazaar, get ready untk pemantauan kesihatan, dengan ponteng puasa lah, menyorok kat tepi tepi semak la sebab nak curi-curi minum, siapa yang ada pengalaman ni mesti tahu ,xpun kau yang berniaga pernah buat takk??? huhuhu , pelanggan nya pulak cerewet nak mkanan free lah ape laa.. macam-macam tapi biasalah, asam
garam hidup semua orang kalau boleh nak murah kan? , kalau dapat free lagi bagus.. okey lepas selesai Ramadhan, kita sambut Syawal, happy giler bile semua adik beradik balik berkumpul, cousin2 pon datang nak meriahkan lagi hari raya buat family i.. disini saja nak share sikit gambar kenangan raya 2014.. 

Ececehh ni sape aaek? hihihiiii, nak mohon maaf pon boleh gelak
besarr,, macam tak bersalah jer.. err
Ni bergambar ramai2 with cousin belah mak
Ini sesi bermaafan, well ni my sister number 2,
Ni gambar kat kampung belah abah
Okey, posing jelaaaa

Time raya semua ceantik, cecomeyyy... :)


Wednesday, 11 June 2014

Ular dalam pasaRaya!

Assalamualaikum...

aku ada lagi seminggu lebih untuk habiskan fair sebagai promoter... seronok tu seronok bila dapat berinteraksi dengan orang-orang dan mengenali mereka secara tidak sengaja dan dapat mengenali citarasa jenis fashion pakaian bagaimana yang diminati customers ni.. well dalam boring-boring tak ada orang sangat yang shopping, rakan kerja aku, nama dia kak Aini kata "Deekk,, brother baju hitam tu ada ular arr kat tangan die" , wahhh,, ular!! aku pon saja-saja jalan belakang nak tengok, tup2 memang betul ada ular kat tangan die... eee,, aku rasa nak pegang memandangkan duluu aku takdapat pegang ular kat ekspo time aku kecikkk..hahhaha yang dapat kakak aku je.. cisss, dalam beberapa minit lepastu, brother uh lalu tempat aku, aku pon ape lagi? guna kesempatan yang ada la nak tegur die.... aku minta izin nak tengok and pegang ular tu, sporting brother tu, die bagi aku pegang, hihi,, aku sempat bawa lari g dekat akak Aini, tapi time uh die buzy layan customer, ahhh,, syoookk,, katenye, tu ular kacuk Brazil, dan nama ular tu adalah Runi, macam nama ular betina je.. kaler ular uh macam perang yang bertompokan hitam.. ada juga orang buat ular sebagai haiwan peliharaan kan, kat uma aku ni penuh dengan Lipas,, lipas tu tak pernah nak jadi kawan macam ular.. hmm.. nasebb nasebbb... apa-apa pun tu adalah experience yang tak akan aku lupakan.. opss,, tak sempat nak ambil gambar sebab tak terfikir pon..

Lebih kurang macam ni la rupanya, tapi kacuk brazil.

Friday, 6 June 2014

pass with flying colours

Assalamualaikum ...

Hai again.. keputusan PSPM 2 matrikulasi sesi 2013/2014 dah pun keluarr pada 5/6/2014.. aku redha dengan apa aku dapat.. sebelum tu nak bagi tips kat adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran di matrikulasi.. first of all niat kene betul nak belajar.. nak belajar..nak belajar.. kat matriklasi sapa yang layan-layan cinta tu boleh la.. tapi kalau broken hearted time dah nak nak exam.. kalau tak mahir dalam control hati.. memang susah la nak score.. i already experience it... well, homework jangan tangguh2, kalau boleh siapkan sendiri without meniru itu lebih baikk.. tapi kalau nak meniru sebab tak cukup masa nak buat sendiri, jangan lupa ulangkaji balikk.. duduk kat matrik memang tidur x menentu, kadang tido petang, malam x tido siapkan homework.. depends la dengan kemampuan tubuh you dalam nak buat kerja, assigment.. jangan malu bertanya, bertanya buat kita lebih faham, kalau x boleh nak tanya lecturer, tak apa, tanya kawan2 seperjuangan yang otak geliga... ( memang pengalaman belajar di matrik, semua otak geliga, scary you know, memang ramai  pesaing) tapi don't worry, kita naik satu kapal, keluar pon satu kapal... masuk belajar sama-sama, kita keluar matrik dengan kejayaan okeyy ! you must stay strong,, kalau penat belajar, release tension dengan tonton movie, listen to music, jogging, singing or do whatever you like tapi jangan sampai terjun bangunan!.. kalau aku, aku akan cari movie dari membe-membe, and listening to music.. okey,, taktahu nak cakap pasal apa lagi.. 

Okey, perancangan seterusnya, aku nak teruskan study perakaunan, kalau aku dapat teruskan this course, masa depan aku cerah lah, i gonna change my life soon.. belajar kos perakaunan untuk degree perlukan masa selama 4 tahun.. then, boleh la fikir pasal kawin... hahhahah... okey ni my result, even rasa macam terukk sangat jawab exam haritu, tapi ni la hasilnya , selepas penat lelah pulun buku-buku terutama subjek yang perlukan daya ingatan yang tinggi untuk menghafal..(subjek teori), giler ah mcm nak mati, tapi naseb x mati lagi.. what a crazy life! but aku sahut cabaran ni,, cuma perlu rajin,, rajin , rajin,,, and focus focus focus.. 

Keseluruhan 3.64


Aku nak ucap tahniah dekat my best friend.. pointer dia 3.96 keseluruhan.. what a smart girl.. ye aku tak sangkal die boleh dapat result sebagus tu sebab aku tahu cara dia belajar macam mana, tak ada rasa putus asa,, because dia ada cita-cita yang dia nak capai, sangat humble tapi kadang-kadang suka sakitkan ati aku bila markah tinggi sikit dari aku.. hahaha. aku tahu die nak aku pun dapat result bagus tu yang pedas kata-kata dia.. and ak tak akan lupa semua tu.... kenangan ini akan tersemat dalam ingatan buddy.. hope to meet you again..
Memory

Ini mira punye.. jangan marah kawan aku tunjuk resultnya..hihii..
result bagus tak akan nak nyorok-nyorok..

so korang kene struggle untuk dapat macam ni.. memang susah tapi kene 
ikhlas dalam menuntut ilmu..




that's all , byeeee :)




Monday, 19 May 2014

Story : Promoter

Assalamualaikum...

Cuti-cuti sementara nak tunggu result

 
ape laa result matrik aku kannn?



aku keje kat sebuah Pasaraya as Promoter.. ohh... jadi promoter boring juga bila kedai tu lenggang tanpa pengguna .. terpaksa berdiri merenung nasib sebagai orang bawahan yang hanya menjadi kuli orang Cina..hahhaha  ... muka aku rasa macam dah tebal 5 cm tanpa make up, sebab tengok orang kekadang memerhati aku.. tak tahu perhatikan aku sebab kesiann atau sebab tengok aku cute..hihii... adess... tapi keje as part time je 4 jam kekadang 8 jam.. feuuhhh! boring + penat berdiri.. LoL.. tangah sedap termenung tetiba datang seorang lelaki berbaju kuning tinggi nya beza 10 cm dri aku kot.. hehh.. pastu tegur aku.. ' dekk,, JAMBAN kat mane..? ' aku tetiba tersentapp dan terpinga-pinga.. 'HUH??' aku jawab.. Pastu die ulang 'TANDAS LA DEKK TANDASS!'.. haha.. aku pun tunjuk laa kat belakang... lepastu aku sambung lagi termenung.. selang beberapa minit.. aku nampak brother tu dah kedepan dengan sorang mamat yang keje kat pasaraya tu... pastu mamat tu cm tunjuk ape ntah kat luar, yang brother baju kuning plak tunjuk-tunjuk aku... 

Ohhh.. alamakk ..! baru aku teringat toilet kat belakang tu untuk kegunaan pekerja je,, hihii.. kesian brother baju kuning , ntaah-ntah tak tahan nak melepas aku pulakk pergi tunjuk salah arah.. tetiba rasa nak tergelakkk,, tapi tahan je laa......

Tulaa termenung sampai cakap pun da tak betul.. #aptb

Friday, 16 May 2014

Story : Baju Earphone

Assalamualaikum..


baju earphone tu yang sarung diaa...

tahu tak Earphone tu apa?? alahhhh yang orang selalu pakai kat telinga tu untuk call dan dengar lagu... tengok budak-budak muda pakai aku pun nak jugak.. jadi aku beli lahh.. hehh..itu jam aku beli dekat koperasi di kolej aku jerr..sampai sekarang tak rosak lagi dan masih sempurna fizikalnya..ewaaahh.. pagi-pagi macam biasa kekebun untuk beriadahh a.k.a berkebun.. hehhe..itu jam gua bad mood sikit,, pagi-pagi mood tido gua kuat nak mati.. kali ni aku buang daun-daun kering sambil dengar lagu, kurang la bosannya sikit kan? hahhh... aku pasang kuat-kuat volum 7 kat telinga kalo ada volum 20 aku pasang volum 20..  aku taknak dengar bunyi alam kat dunia ni itu time  (peh , sombong betul aku) ,, ahh,, macam biasa matahari naik tinggi.. masa untuk pulang.. aku cabut earphone dari telinga.. tengok-tengok, kepala earphone aku bogel sebelah.. aishh , pelik aku, mane pergi berjalan pulak baju dia ni.. tadi pagi pakai , sempurna je fizikalnya.. aku mula tak keruann.. aku taknak earphone aku cacat sebelahh.. hahaa.. poyokann..? aku tak kesah pun, cuma pelik je mane pergi berjalan.. tak suka duduk dekat telinga aku agaknya.... hmm..biarlah,, badan dah berpeluh.. jop balik rumah....

Tiba dirumah aku terus mandi.. panass.. aku rasa macam telinga aku berat sebelahh.. xtahu kenapaa.. sekali tengokkk cerminn.... aku berdekak sorang diri dalam bilik air..  'Oi, kau gila ker gelak sorang-sorang dalam toilet' , dengar suara nyaring-nyaring dari luar bilik air,, aku tak endah kan.. rupanya, baju earphone aku tersangkut dekat dalam telinga .. xpernah-pernah..rupanya baju earphon suka duduk dalam telinga aku bukan dia tak suka....!!