Sunday, 24 August 2014

Ramadhan berakhir, Syawal menjelang

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya 2014 to all musleems in the world :)  Ramadhan kali ni memang bermakna untuk i, kerana for the first time i berniaga kat bazaar, pengalaman di bazaar memang takkan i lupekan, segala kenangan pahit dan manis akan tersemat dalam ingatan ni.. macam-macam ragam yang boleh i nampak dari peniaga hingga la pelanggan itu sendiri. si peniaganya,bertungkus lumus untuk persiapan buka bazaar, get ready untk pemantauan kesihatan, dengan ponteng puasa lah, menyorok kat tepi tepi semak la sebab nak curi-curi minum, siapa yang ada pengalaman ni mesti tahu ,xpun kau yang berniaga pernah buat takk??? huhuhu , pelanggan nya pulak cerewet nak mkanan free lah ape laa.. macam-macam tapi biasalah, asam
garam hidup semua orang kalau boleh nak murah kan? , kalau dapat free lagi bagus.. okey lepas selesai Ramadhan, kita sambut Syawal, happy giler bile semua adik beradik balik berkumpul, cousin2 pon datang nak meriahkan lagi hari raya buat family i.. disini saja nak share sikit gambar kenangan raya 2014.. 

Ececehh ni sape aaek? hihihiiii, nak mohon maaf pon boleh gelak
besarr,, macam tak bersalah jer.. err
Ni bergambar ramai2 with cousin belah mak
Ini sesi bermaafan, well ni my sister number 2,
Ni gambar kat kampung belah abah
Okey, posing jelaaaa

Time raya semua ceantik, cecomeyyy... :)


Wednesday, 11 June 2014

Ular dalam pasaRaya!

Assalamualaikum...

aku ada lagi seminggu lebih untuk habiskan fair sebagai promoter... seronok tu seronok bila dapat berinteraksi dengan orang-orang dan mengenali mereka secara tidak sengaja dan dapat mengenali citarasa jenis fashion pakaian bagaimana yang diminati customers ni.. well dalam boring-boring tak ada orang sangat yang shopping, rakan kerja aku, nama dia kak Aini kata "Deekk,, brother baju hitam tu ada ular arr kat tangan die" , wahhh,, ular!! aku pon saja-saja jalan belakang nak tengok, tup2 memang betul ada ular kat tangan die... eee,, aku rasa nak pegang memandangkan duluu aku takdapat pegang ular kat ekspo time aku kecikkk..hahhaha yang dapat kakak aku je.. cisss, dalam beberapa minit lepastu, brother uh lalu tempat aku, aku pon ape lagi? guna kesempatan yang ada la nak tegur die.... aku minta izin nak tengok and pegang ular tu, sporting brother tu, die bagi aku pegang, hihi,, aku sempat bawa lari g dekat akak Aini, tapi time uh die buzy layan customer, ahhh,, syoookk,, katenye, tu ular kacuk Brazil, dan nama ular tu adalah Runi, macam nama ular betina je.. kaler ular uh macam perang yang bertompokan hitam.. ada juga orang buat ular sebagai haiwan peliharaan kan, kat uma aku ni penuh dengan Lipas,, lipas tu tak pernah nak jadi kawan macam ular.. hmm.. nasebb nasebbb... apa-apa pun tu adalah experience yang tak akan aku lupakan.. opss,, tak sempat nak ambil gambar sebab tak terfikir pon..

Lebih kurang macam ni la rupanya, tapi kacuk brazil.

Friday, 6 June 2014

pass with flying colours

Assalamualaikum ...

Hai again.. keputusan PSPM 2 matrikulasi sesi 2013/2014 dah pun keluarr pada 5/6/2014.. aku redha dengan apa aku dapat.. sebelum tu nak bagi tips kat adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran di matrikulasi.. first of all niat kene betul nak belajar.. nak belajar..nak belajar.. kat matriklasi sapa yang layan-layan cinta tu boleh la.. tapi kalau broken hearted time dah nak nak exam.. kalau tak mahir dalam control hati.. memang susah la nak score.. i already experience it... well, homework jangan tangguh2, kalau boleh siapkan sendiri without meniru itu lebih baikk.. tapi kalau nak meniru sebab tak cukup masa nak buat sendiri, jangan lupa ulangkaji balikk.. duduk kat matrik memang tidur x menentu, kadang tido petang, malam x tido siapkan homework.. depends la dengan kemampuan tubuh you dalam nak buat kerja, assigment.. jangan malu bertanya, bertanya buat kita lebih faham, kalau x boleh nak tanya lecturer, tak apa, tanya kawan2 seperjuangan yang otak geliga... ( memang pengalaman belajar di matrik, semua otak geliga, scary you know, memang ramai  pesaing) tapi don't worry, kita naik satu kapal, keluar pon satu kapal... masuk belajar sama-sama, kita keluar matrik dengan kejayaan okeyy ! you must stay strong,, kalau penat belajar, release tension dengan tonton movie, listen to music, jogging, singing or do whatever you like tapi jangan sampai terjun bangunan!.. kalau aku, aku akan cari movie dari membe-membe, and listening to music.. okey,, taktahu nak cakap pasal apa lagi.. 

Okey, perancangan seterusnya, aku nak teruskan study perakaunan, kalau aku dapat teruskan this course, masa depan aku cerah lah, i gonna change my life soon.. belajar kos perakaunan untuk degree perlukan masa selama 4 tahun.. then, boleh la fikir pasal kawin... hahhahah... okey ni my result, even rasa macam terukk sangat jawab exam haritu, tapi ni la hasilnya , selepas penat lelah pulun buku-buku terutama subjek yang perlukan daya ingatan yang tinggi untuk menghafal..(subjek teori), giler ah mcm nak mati, tapi naseb x mati lagi.. what a crazy life! but aku sahut cabaran ni,, cuma perlu rajin,, rajin , rajin,,, and focus focus focus.. 

Keseluruhan 3.64


Aku nak ucap tahniah dekat my best friend.. pointer dia 3.96 keseluruhan.. what a smart girl.. ye aku tak sangkal die boleh dapat result sebagus tu sebab aku tahu cara dia belajar macam mana, tak ada rasa putus asa,, because dia ada cita-cita yang dia nak capai, sangat humble tapi kadang-kadang suka sakitkan ati aku bila markah tinggi sikit dari aku.. hahaha. aku tahu die nak aku pun dapat result bagus tu yang pedas kata-kata dia.. and ak tak akan lupa semua tu.... kenangan ini akan tersemat dalam ingatan buddy.. hope to meet you again..
Memory

Ini mira punye.. jangan marah kawan aku tunjuk resultnya..hihii..
result bagus tak akan nak nyorok-nyorok..

so korang kene struggle untuk dapat macam ni.. memang susah tapi kene 
ikhlas dalam menuntut ilmu..




that's all , byeeee :)




Monday, 19 May 2014

Story : Promoter

Assalamualaikum...

Cuti-cuti sementara nak tunggu result

 
ape laa result matrik aku kannn?



aku keje kat sebuah Pasaraya as Promoter.. ohh... jadi promoter boring juga bila kedai tu lenggang tanpa pengguna .. terpaksa berdiri merenung nasib sebagai orang bawahan yang hanya menjadi kuli orang Cina..hahhaha  ... muka aku rasa macam dah tebal 5 cm tanpa make up, sebab tengok orang kekadang memerhati aku.. tak tahu perhatikan aku sebab kesiann atau sebab tengok aku cute..hihii... adess... tapi keje as part time je 4 jam kekadang 8 jam.. feuuhhh! boring + penat berdiri.. LoL.. tangah sedap termenung tetiba datang seorang lelaki berbaju kuning tinggi nya beza 10 cm dri aku kot.. hehh.. pastu tegur aku.. ' dekk,, JAMBAN kat mane..? ' aku tetiba tersentapp dan terpinga-pinga.. 'HUH??' aku jawab.. Pastu die ulang 'TANDAS LA DEKK TANDASS!'.. haha.. aku pun tunjuk laa kat belakang... lepastu aku sambung lagi termenung.. selang beberapa minit.. aku nampak brother tu dah kedepan dengan sorang mamat yang keje kat pasaraya tu... pastu mamat tu cm tunjuk ape ntah kat luar, yang brother baju kuning plak tunjuk-tunjuk aku... 

Ohhh.. alamakk ..! baru aku teringat toilet kat belakang tu untuk kegunaan pekerja je,, hihii.. kesian brother baju kuning , ntaah-ntah tak tahan nak melepas aku pulakk pergi tunjuk salah arah.. tetiba rasa nak tergelakkk,, tapi tahan je laa......

Tulaa termenung sampai cakap pun da tak betul.. #aptb

Friday, 16 May 2014

Story : Baju Earphone

Assalamualaikum..


baju earphone tu yang sarung diaa...

tahu tak Earphone tu apa?? alahhhh yang orang selalu pakai kat telinga tu untuk call dan dengar lagu... tengok budak-budak muda pakai aku pun nak jugak.. jadi aku beli lahh.. hehh..itu jam aku beli dekat koperasi di kolej aku jerr..sampai sekarang tak rosak lagi dan masih sempurna fizikalnya..ewaaahh.. pagi-pagi macam biasa kekebun untuk beriadahh a.k.a berkebun.. hehhe..itu jam gua bad mood sikit,, pagi-pagi mood tido gua kuat nak mati.. kali ni aku buang daun-daun kering sambil dengar lagu, kurang la bosannya sikit kan? hahhh... aku pasang kuat-kuat volum 7 kat telinga kalo ada volum 20 aku pasang volum 20..  aku taknak dengar bunyi alam kat dunia ni itu time  (peh , sombong betul aku) ,, ahh,, macam biasa matahari naik tinggi.. masa untuk pulang.. aku cabut earphone dari telinga.. tengok-tengok, kepala earphone aku bogel sebelah.. aishh , pelik aku, mane pergi berjalan pulak baju dia ni.. tadi pagi pakai , sempurna je fizikalnya.. aku mula tak keruann.. aku taknak earphone aku cacat sebelahh.. hahaa.. poyokann..? aku tak kesah pun, cuma pelik je mane pergi berjalan.. tak suka duduk dekat telinga aku agaknya.... hmm..biarlah,, badan dah berpeluh.. jop balik rumah....

Tiba dirumah aku terus mandi.. panass.. aku rasa macam telinga aku berat sebelahh.. xtahu kenapaa.. sekali tengokkk cerminn.... aku berdekak sorang diri dalam bilik air..  'Oi, kau gila ker gelak sorang-sorang dalam toilet' , dengar suara nyaring-nyaring dari luar bilik air,, aku tak endah kan.. rupanya, baju earphone aku tersangkut dekat dalam telinga .. xpernah-pernah..rupanya baju earphon suka duduk dalam telinga aku bukan dia tak suka....!!

Story : Ku sangka cicak rupanya ular!

Assalamualaikum... 

haaii.. pagi2 kena pergi berkebun... menyehatkan badan orang tua-tua.. pagi-pagi elok keluar cari rezeki katanya.. layankan laa..kita orang muda.. pemikiran lain sikit.. tahu apa? makan, tido, lepak,, itu jelah kerja mereka..zaman dah berubah la katakan..

bersiap-siap ,pakai but getah, bersarung tangan dan memegang parang.. haha.. aku nak gi bunuh orang! percaya tak? ehh,memain jer.. giler kau?! aku nak pergi bekerja la,cari rezeki kononnya,, itu jam matahari belum keluar lagi.. aku nak pergi buang daun-daun tebu yang kering, kate abah nak cantikkan sikit tebu tu.. biar sedap sikit mata memandang..dan terurus.. tebu pun macam manusia..kalo manusia kene disikatkan rambutnya, di mandi kan bagai.. tebu pun kene juga buang baju-baju dia yang da usang tuh.. hihi..

kerja punya kerja punya kerja.. matahari mula lah naik tinggi habis cair krim di muka... nampak ibu dan kakak seronok berehat di pondok.. ahh,, aku nak join sekaki laa.. mane adil kalo gitu ..ye dok? haaii..panasnye Malaysia.. kami syok bersembang di atas sebah pondok kecil yang beralaskan tikar sehingga terlupa kerja belum siap lagi.. ahhh.... sambung esoklaah... aku ternampak benda panjang lalu di belakang ibu, aku tengok macam cicak.. dua kali pandang...... aku jerit..  'ulaaaaaaaaaaaaarrrrr!!' ibu aku x payah nak disuruh kepalanya toleh, dia terus merangkak macam bayi mau berjalan terus turun dari pondok.. ular tu dah masuk bawah tikar... bila angkat itu tikar... xada pun ularnya... aku cuba jenggah bawah pondok mana tahu ular tu main nyorok-nyorok dengan aku.. hehhh.. tapi takada juga.. aku binggung.. macam mana ular boleh hilang dalam sekelip mata.. kelibatnya pun x nampak... uishh.. atau...

aku salah tengok ke apa??

Saturday, 10 May 2014

Story : Kahwin?! :O


Nak cakap pasal kawen nii.. hmm... aku berkenan dengan sorang mamat ni..kawan aku okey, tahu jugak laa siapa die and asal usul dia... name die MR. E .. so, kitorang make a date kat satu tempat... Pangkor nama tempat tu.. wahh... this is the time to say that i love you** :P .. Hari itu adalah hari yang sangat membahagiakan dalam hidup aku.. kemudian ,kami duduk dekat satu tempat,, he looks me and i look at him... huh.. then, aku nak cakap ape yang aku sememangnya nak cakap seelepas sekian lama menyimpan perasaan ini kan..? cehhh..


but then, tiba-tiba datang seorang perempuan dekat depan kitorang, perempuan tu cakap die kenal lelaki ni.. MR.E rite?? and MR. E said Yes , i know this girl! ntah macam mana diorang boleh spend time together, having jokes.. ! while mee?? hajat aku tak kesampaian pun... 

Hihiiih...tak sangka kan..dah tiba masanya..

After finish my matrik, im wishing for marriage, and aku akan kawin dengan MR. E ... hmm.. Happy gilerr... lelaki pujaan ku.. dekat rumah.. dah prepare baju kawen, make up..(WoW) ..everything dah prepare.. and MR.E pun dah sampai dekat rumah aku..hehh.. :) ..hari yang bahagiaaa.... weeeeeee .. tup2 ..tinggal tunggu tok kadi,tiba-tiba dia cakap dia nak kawen dengan perempuan yang dia jumpa dekat Pangkor.. huh! hati aku hancurrr  ..terkedu! and speechless.. Mak cakap tak apa lah ,tapi aku tetap kene teruskan majlis pernikahan ni sebab everythings dah prepare and kene kawen dengan lelaki yang aku tak kenaall langsung! Mak crazy?? tpi aku ikut je laah cakap mak, mungkin ini yang terbaik.. dalam masa yang sama, MR. E waiting for his heroin untuk nikah ditempat aku, well ,lagipun die dah siap pakai baju nikahh.. hehh.. hati aku tak keruann.. still got time.. so, aku text MR.E and cakap yang aku dah lame simpan perasaan ni dekat die and wishing he comes back to me... tapii.... die time tu sibuk tengah dokong anak sape entah dekat halaman depan rumah sambil tunggu bakal isteri yang aku tak berapa nak kenal tu.. then , aku minta tolong seorang adik ni, pergi suruh MR.E buka phone.. tapi dieeee  ..hm xbuka pon! Tension, tension and tension ..! aku berjalan ke dapur lalu tersandung something keras kat dapur tuu... ouchhhhhhh! lalu pengsan...  
Eh.. sekali aku terjagaa..heh tengok jam dah pukul 5..44pm...Mimpi rupenye tadi..!!! terfikir balik..best nye mimpi tuu..tapi what the ending??? 


Monday, 10 March 2014

10 : 3 :1995 (My Birthday)

Assalamualaikum...

hah ! nampak tajuk tak? tu tarikh birthday aku... harap semua hafal.. hahaa... semalam birthday aku.. aku tak bagitahu sesapa birthday aku melainkan aku post kat laman sosial tarikhnye..huhu..so pandai-pandai sendiri tahu, nak wish boleh wish.. tak nak wish.. ? sukatilaa.. huhuhu.. well.. rommate aku tak tahu itu jam birthday aku, aku just keep this secret sebab taknak mandi bedak, tepung, telur atau seumpama dengannyaa..hahaa ,, sebab time birthday diorang aku dah buat jahat habis.. nampak tak ketidak-adilan di situ??  haha.. tapi ada sorang mamat yang dok menghitung berapa hari lagi birthday aku.. hehee.. nampak gayanye nanti turn aku pulak hitung berapa hari lagi tinggal untuk hari lahir dia.. LoL.. ni antara Top 5 yang dah wish birthday... and thanks pada yang lain-lain sebab wish juga... bagi wish pun sudah bikin gua senyum.. :)

#1 yang wish :) Tahniah
siap ada sound gitar instrument birthday :)


#2 biha orang second wish..die kate die terlelap nak tunggu
pukul 12 tu yg jatuh tempat ke-2

#3 ..malam uh chating dengan abang aku..
sempat ingatkan die.. kalo x ingatkan , tak jadi orag ke-3 pon
die nii



#4 Scha pon cakap tertidur..then bila sedar terus wish then sambung
tidor balik..
tak boleh blaa..


#5 Ni lagi sorang,,menunggu pukul 12 a.m but
tertidur jugaak Lol

Saturday, 1 February 2014

Matrikulasi Product Promotion

Assalamualaikum..

Hai.. Rasa nya setiap tahun akan buat presentation untuk subjek Bahasa Inggeris mengenai Product promotion.. okey..Madam aku adalah Madam Chandrika.. kitorang di bahagikan dalam group and kene fikirkan satu product untuk di benangkan.. well, my group buat product yang dinamakan as Multipurpose Bonzai.. product ni funtion nye untuk mengecas tablet, gadget hanya dengan menggunakan tenaga solar.. amazingkan..? memang sesuai untuk matrikulasi student yang sering mengalami blackout.. group kitorang dapat pujian.. Alhamdulilaah ..semua ni berkat usaha kitorang yang saling bekerjasama.. hah! dalam group ada 4 orang .. Aku(NurulHuda) , Amira, Nina and Aisyah..  memang gempak la aku rasa walaupun mengiggil gara-gara nervous kan.. serious masing2 nervous.. sampai tangan shaking macam kene Parkinson... heheehhehe.. kitorang ada paparkan video.. video esklusif..hasil tangan aku sendiri..sebab aku tak suka ambil yang sedia ada..macam tak puaas pula nanti nak present.. :) Am I Right?
Antara Planning yang kitorang buat adalah:

1 >> Kaler baju Oren..
2 >> bawa laptop untuk tunjukkan speaker and pinjam speaker        classmate (Sapwan..really thanks to him)
3 >> Ada model product..

Ni masa tengah bincang-bincang sebelum nak presentation esoknyaa..

Ini selepas selesai Presentation..
memang senyum sampai telinga..
Dari kiri ( Nina, Aisyah, Mira And aku )
haa.. Yang 2 orang kat belakang tu memang suka
dengan product Kami..cewah.
Ni Hanisah and Achik..
Classmate yg support kitorang..
Ceh.